This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

LIVE LIFE TO THE FULLEST

The BEST THINGS in life are the people you LOVE, the places you've seen and the MEMORIES you've made along the way.

Showing posts with label Kolagen Best. Show all posts
Showing posts with label Kolagen Best. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

Berita Harian 15/04: Rahsia Rumpai Laut Bantu Kekalkan Kolagen

Bukti yg menyatakan Rumpai Laut membantu mengekalkan kolagen dlm kulit-

Dr Muta Harah Zakaria.. Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM

Sumber:
Berita Harian
Isnin, 15hb April 2013


petikannya:

"rumpai laut mengandungi kandungan mineral,asid amino dan beta karotein yang tinggi bagi membantu mengekalkan KOLEGEN dalam kulit"

Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.

Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

Penggunaan ibu kolegen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai.

Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.

Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.

Menjamin kecantikan?

Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit.

Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.

“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil.

“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.

Pelbagai khasiat

Ditanya benarkan rumpai laut mengandungi kolegen, beliau berkata sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan.

Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.

Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.

Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.

Jelasnya, kandungan karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu membekalkan kolegen.

Kajian lain

Berdasarkan pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu mencantikkan kulit, antaranya:

* Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.
* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral.
“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling sushi,” katanya.


* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.


* Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.

“Kajian demi kajian dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.


INFO: Rumpai laut

* Industri rumpai laut dijangka berkembang apabila ia turut diperluaskan sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik.

* 150,000 tan metrik rumpai laut dikeluarkan dengan nilai RM1.45 bilion menjelang tahun 2020.

* Sabah pengeluar rumpai laut di Malaysia


INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan

Kesihatan

• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.

• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.

• Melancarkan kitaran darah.

• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)

• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.

• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.

• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.

• Mengurangkan pembentukkan selulit.

• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar


Kecantikan

• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.

• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman

• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.

• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.

• Membantu dan merawat penyakit gastrik.


Keburukan

* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut.

PROMO!
RM13 - 100 GRM GOLD
RM15 - 100 GRM PURPLE
Including Postage


Sunday, March 31, 2013

HomeMade Masks Recipes + Rumpai Laut/Pure Marine Collagen

Entri ini adalah cara utk dptkan kesan lg cepat, jimat & permanent. Tinggal rajin atau tak shj. I like it! coz it’s a good way to pamper myself.

Dgn campuran Rumpai Laut a.k.a Seaweed pasti lg gebu, berseri2 muka, fresh & young look!

1. Tomato paste + Rumpai Laut/Seaweed – Tomato bkn sajer bgs utk kesihatan bdn tp mmg sgt bgs utk kulit. Kami adik beradik dulu suka sgt ratah tomato bulat2. Kdg2 mak sorok jgk, asik hbs jer kan. Tomato ader byk Vitamin C yg blh meransang penghasilan kolagen utk perbaiki + tegangkan struktur kulit. Senangjer buat masker, buat tomato paste drpd extract juice tomato. Campurkan sekali dgn rumpai laut yg dah siap dimasak tu. Rumpai laut ni bg lg sticky kat muka, sbb dia pekat. Then, letak dlm fridge sekejap utk bg lg cool. Mlm, blh la pakai 15-20 minit then wash off. Utk kulit yg berminyak + jerawat sgt disarankan buat guna Tomato + Rumpai Laut ni.


2. Bedak Sejuk + Rumpai Laut - Stok bedak sejuk mak sy mmg xpernah putus. Mak sy akn peram beras tu setahun dlm tempayan, ganti2 air, then mak sy tmbh aloe vera. Cukup masa, mak sy picit bulat2 & jemur ats kain batik. Pd sy bedak sejuk ni cam masker jugak. Boleh wat tebal2 & campurkan dgn Rumpai Laut/Seaweed yang telah dimasak. Jd bedak sejuk tu akn lembik sendiri yer. Best, muka kurang berminyak. Jerawat nak naik pun susah. Elok utk licinkan kulit. Mesti ramai yang tahu kan air basuhan beras baik untuk kulit, so sama lah dengan bedak sejuk juga yang sama baiknya dengan air basuhan beras tu.

3. Cucumber + Lemon + Rumpai Laut/Seaweed – Cucumber mempunyai Vitamin B yg bgs utk kulit & rambut. Vitamin B jg byk membantu utk elakkan kulit dehydration + Vitaminc C pula sbg agen pemutih dan melicinkan kulit. The best homemade masks utk saper2 yg selalu expose kulit bwh matahari adalah gabungan cucumber and lemon plus Rumpai Laut/Seaweed. Cucumber memberi kesegaran + meyejukkan kulit. Dgn campuran lemon yg penuh dgn Vitamin C, ia mmg membantu utk menghasilkan kulit baru dan kulitpun semakin putih. Xcaya? sbb tu Garnier guna lemon! Caranya, dr extract cucumber:lemon dgn nisbah 1:1, campurkan dgn Rumpai Laut/Seaweed yang siap dimasak. Muka akan lebih lembab & semakin berseri-seri




4. Pisang + Putih Telur + Rumpai Laut/Seaweed – Pisang ada byk nutrisi bg kulit lg bergetar, melantun2..haha..tepuk muka sikit..Bhn diperlukan sebiji pisang + Rumpai Laut/Seaweed yg dimasak dan blend shj. Nak best lg, campur putih telur. Pisang & telur mmg gabungan hebat utk kulit yg cerah, lembut seperti baldu. Lps basuh, rasalah muka sgt best!


5. Sugar Scrub – Yg ni sy xpernah cuba yer. masih was2 dgn kaedah ni. nnt kena hurung semut pulak mukaku..kalo masuk hidung, lg haru..huhu. Sy pernah baca yg sugar scrub ni elok utk buang sel2 mati, whitehead, blackhead. Sy rs ok jugak buat sugar scrub ni sbg door gifts. Comelkan!


Sume HomeMade Face Masks ni sgt bgs utk cerahkan kulit muka, reducekan minor skin problems. Sgt sihat & murah utk maintain kecantikan kulit. Kalo beli, maunya dlm RM5 sepeket... Info ni utk makluman bersamayer..

My Last Quote, Pulanglah ke Alam Semulajadi!!





Friday, February 15, 2013

Cara Masak, Makan & Pakai Rumpai Laut

Klik! Klik!
Sale Inner Tudung Wafiyya RM21 Only


RM13 per 100gram termasuk postage!


STEP BY STEP MASAK RUMPAI LAUT

Entry ini ambik masa nak buat ooo..kena tggu Rumpai Laut kembang seperiuk, rendam semalaman, masak 40 minit..& sy puas hati, sbb ini hasil kerja saya + bb zahin jugak..peneman setia di dapur! smbil masak, mendukung bb zahin.

• Cuci beberapa kali, mcm basuh beras.

• Rendam semalaman (lbh kurang 10 jam).

Utk kurangkan hanyir, rendam dgn daun pandan atau masukkan sehelai daun pandan semasa memasak.bole juga rendam dgn asam keping atau tepung gandum.
 
Sy suka tgk rumpai laut ni bila kembang..Lepas 20 minit terus kembang sampai penuh periuk


• Kemudian cuci lg beberapa kali.

• Rebus dgn air biasa. nisbah utk 100gram = 2-2.5 liter air, boleh tahan 3-4minggu.

Yg ni sy buat 50gram, jd airnya 1-1.5liter, boleh tahan 1-2 minggu.

• Masak dgn api perlahan dan kacau sehingga rumpai laut hancur.lbh kurang 20-40minit.



• Dah masak, sy tapis, bg teksturnya lg smooth.

Sy bahagi 2. Satu bahagian nak makan. So, sy tambah 1 sudu gula & perisa Roselle + Sirap. Sedap tau! Brla blh lalu kat tekak. Satu lg bahagian utk sy & hasben wat masker muka + badan. Jd, asing siap2 dlm bekas dadih ni. Nak tido, leh angkut 1 bekas bwk masuk bilik. Hehe.

• Biarkan rumpai laut sejuk dan simpan dlm peti ais.
Mesti simpan dlm peti ais.klu tidak rumpai laut akan basi atau rosak.

Rumpai Laut siap dimasak anti kulat. tidak rosak kalo letak dlm peti ais selama sebulan. Tp pastikan Rumpai Laut ini tdk bercampur dgn bahan makanan yg lain. E.g gunakan sudu yg bersih semasa scoop Rumpai Laut . jika bercampur dgn makanan yg lain, Rumpai Laut  akan rosak atau basi.


BILA NAK MINUM @ MAKAN

• Waktu pagi, b4 breakfast.

Sy lebih suka lepas mandi, bukak peti ais…& ceduk 2 scoop rumpai laut. Jdkan rutinyer..xsusah nak jg badan..hehe

• Sebelum Tidur

Sy lps siapkan set susu uzma, thaqif & zahin..sy bukak peti ais & amikla 2 scoop..cepat & selamat.

CARA MINUM

• Masuk 2-3 sudu ke dalam apa2 minuman. contohnya air sunquick, ribena, abc,cendol, laici kang,bandung, dll. amalkan 3 kali sehari shj. jgn ambil minuman berkafein dan berkarbonat. jgn ambil secara berlebihan,boleh sakit kepala dan sakit perut.

CARA MAKAN

• Mkn begitu shj Rumpai Laut yg diperisakan dgn pati roselle, sunquick, blackcurentker..Lps bgn tidur & sebelum tidur.

• Makan dibuat Sup Seaweed! Sedap oo…nnt sy story yer ttg sup seaweed ni.

• Makan dibuat Kerabu Seaweed!

Caranya:

• Basuh rumpai laut beberapa kali. Kalo nak wat sup, cukup la 25 grm jer..nnt rumpai laut ni akan kembang seperiuk!

• Rendam dgn air panas lebih kurang 30minit-1jam. jgn rendam terlalu lama, rumpai laut akan hancur.

• Kemudian, basuh rumpai laut yg telah direndam.

• Potong halus dan masuk kan dlm apa2 sup @ kerabu mangga.

CARA PAKAI

• Gunakan 1-2 sudu utk sapu dimuka sebagai masker. biarkan sehingga kering (lbh kurang 20minit) dan cuci. Kalo rajin buatla hari2..Sy tggu ank2 dah tdo, brla boleh mula aktiviti bermasker..very cool, fresh & soft jer kulit muka lps pakai. Cubala!

• Kalo rajin lg, boleh sapu di mana2 anggota badan seperti lengan, bahu, tengkuk atau tumit kaki bg kulit mengelupas. berkesan utk melicinkan kulit, menghapuskan jerawat dan melembutkan kulit.seeloknya sapu sebelum mandi. bila dh kering (lbh kurang 20 minit), boleh mandi..Utk sy yg beranak kecik ni, kena tgk dulu masanya.

Selamat Mencuba!


Saturday, February 9, 2013

Boleh Dapat RM20K Jual Rumpai Laut?

Brje citer kat hasben pasal rumpai laut ni..tup2 japtu jgk slot Apa Khabar Orang Kampung @ TV3  wat ulasan ttg petani laut di Semporna Sabah. Kembang kempis hidung citer kat hasben.haha



Kagumnya dgn keindahan laut di semporna..biru kehijauan..sempurna ciptaanmu ya allah. Anak2 kecik disitu keciklg dh pandai menolong ibu ayh..mungkin perusahaan rumpai laut ni diwarisi dr zmn ke zmn. Rs nak terbang ke Semporna kejaptu jgk td. Rumpai laut penuh warna warni..dikeringkan di bawah matahari..digantung mcm sidai baju..comel!

Pd mulanya sy xkisahpun psl rumpai laut.Adik sy yg ngajar kt Beaufort tu la yg offer..sy ni duk citerla kt hasben all abt rumpai laut..Hasben tnya, kalo camtu bolehla hilangkan rumpai jerawat abg ni? Haha..mmg gelak besarla..excited pasal rumpai laut ni dh tersasul jd rumpai jerawat jdnya.

Then,hasben ckp kan ada iklan makcik n ank2 dia dpt income cikit je jual rumpai laut.then,bler ank dia jual secara on9,income diorang dgn jual rumpai lautje blh dpt 20k sebulan..Haha,yela abg..ibu br ingat! Rezeki allah ada dimana2 shj..kiter perlu berusaha,tentukan arah tuju kita.

Suka tgk iklan ni dulu..bukan senang nak senang! Yg penting semangat.
Skrg mmg tgh famous sgt rumpai laut ni dgn khasiatnya.




Saper berminat, blh sms/waps hasni@0194889459