This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

LIVE LIFE TO THE FULLEST

The BEST THINGS in life are the people you LOVE, the places you've seen and the MEMORIES you've made along the way.

Thursday, April 25, 2013

Berita Harian 15/04: Rahsia Rumpai Laut Bantu Kekalkan Kolagen

Bukti yg menyatakan Rumpai Laut membantu mengekalkan kolagen dlm kulit-

Dr Muta Harah Zakaria.. Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM

Sumber:
Berita Harian
Isnin, 15hb April 2013


petikannya:

"rumpai laut mengandungi kandungan mineral,asid amino dan beta karotein yang tinggi bagi membantu mengekalkan KOLEGEN dalam kulit"

Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.

Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

Penggunaan ibu kolegen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai.

Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.

Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.

Menjamin kecantikan?

Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit.

Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.

“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil.

“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.

Pelbagai khasiat

Ditanya benarkan rumpai laut mengandungi kolegen, beliau berkata sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan.

Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.

Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.

Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.

Jelasnya, kandungan karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu membekalkan kolegen.

Kajian lain

Berdasarkan pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu mencantikkan kulit, antaranya:

* Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.
* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral.
“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling sushi,” katanya.


* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.


* Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.

“Kajian demi kajian dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.


INFO: Rumpai laut

* Industri rumpai laut dijangka berkembang apabila ia turut diperluaskan sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik.

* 150,000 tan metrik rumpai laut dikeluarkan dengan nilai RM1.45 bilion menjelang tahun 2020.

* Sabah pengeluar rumpai laut di Malaysia


INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan

Kesihatan

• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.

• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.

• Melancarkan kitaran darah.

• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)

• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.

• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.

• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.

• Mengurangkan pembentukkan selulit.

• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar


Kecantikan

• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.

• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman

• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.

• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.

• Membantu dan merawat penyakit gastrik.


Keburukan

* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut.

PROMO!
RM13 - 100 GRM GOLD
RM15 - 100 GRM PURPLE
Including Postage


Monday, April 22, 2013

Pasang Wallpaper Laurea Home Furnishing Bangi

Dah lama berhajat nak pasang wallpaper ni. Setelah setahun, br la ada rezeki lebih nak pasang wallpaper ni. Tambah2, dinding utama tu dah mcm nak berkulat kut. Xsantek tau di mata kami!

Mula2 nak pasang kat dinding utama je. last2 terorder sekali utk yg dinding kat pintu masuk. Dulu sy & hasben dah cat colour merah, then nak wat teknik stencils sendiri. Cari punya cari kertas nak wat stencils tu tak jumpa. Tak yah pening2 kepala, juz tampal saja wallpaper. Tapi kena ala2 merah jugak, sbb dinding belah tepi dah merah.

Actually sy dh order wallpaper yg bwh calculator tu. Dah siap bayar sume, then next monday, Laurea Bangi call & informed w/paper dah out of stock. Frust jugak! Nampaknyer kena pilih design lainla. Yg wrna merah mostly abv RM200 per roll..except yg I dh order tu. Bila tgk homescreen kat http://www.laureahomefurnishing.com/  nampakla wallpaper yg sgt santek! Yg plg best, Laurea boleh bg discount & sy tak perlu top up utk design tu. TQ Laurea! Sgt best! Ada 5 years warranty yer..tp sy lupa nak tnya, waranti tu utk apa..huhu.

Later, sy upload complete gambar yg dah siap!

Yg ala2 bunga teratai ni pun cantik!

Tukang pasang ni ukur dinding & gitau w/paper xcukup! Ada sejengkal lg. Jd, adala border kiri kanan wrna putih. Mula2 nampak pelik juga..
Kalo dtg mood rajin nnt, sy cat la wrna merah jugak nnt.

Ni la Korean W/paper. Lebih lebar compared to w/paper merah tu.


See the dinding..dh kulat2 kut.hehe
My hasben yg pilih colour ni..Ada shining2 cket..

Sy pasang terus smp ke dapur...

Tak planning pun pasang kat hall atas.
Bila tgk ada w/paper lebih, apalagi..kiter suruh je tukang pasang ni buat.
Ni la untungnya Korean W/paper, wpun mahal sikit..tp lebih jimat sbb dapat psg byk tempat.


 

Tuesday, April 2, 2013

Kerap Pregnant, Tulang Rapuh

Kerap Pregnant, Jejas Tulang! Statement terkena kat badan sendiri..Manataknya dari 2009 smp 2012, sy non-stop pregnant. Cuma, wkt 2011..kami xder rezeki..miscarriage @ 13 weeks. Jika tidak, anak kami sudah 4. Alhamdulillah!
Pregnant yg lepas even lepas miscarriage sy hanya makan Obimin + folic asid. Alhamdulillah, bb dilahirkan sihat & cergas. Tp badan sy cepat letih. Dah letih, muka xceriakan..Selepas deliver anak yg ke 4, sy cuba tambah dgn Ostematrix, supplement yg bukan sekadar Kalsium. Sy sgt perlukan extra kalsium sbb sy bf bb sy + pregnant yg kerap sebelum ini.




Sources: Kosmo
Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.
Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.
Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.
Jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.
Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.
“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.
Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.
Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.
Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.
Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.
“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.
“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.
PROMO! PROMO!
Until End of April 2013
RM50 & Free Postage
  
Apakah kesan pengambilan OsteMatrix selain menguatkan tulang?
  • Badan akan lebih lawas.
  • Mudah bangun tidur dan rasa bertenaga.
  • Apabila kalsium cukup, senggugut, water retention, kekejangan urat dapat dikurangkan.
  • Berbanding dengan Kalsium jenama lain, OsteMatrix tidak menyebabkan risiko baru karang.
  • Membantu dalam penghasilan susu badan.
  • Mengurangkan risiko Osteoporosis.
Siapa yang perlukan Ostematrix?

Ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anaknya dan wanita yang pernah melahirkan anak.

Mereka yang mempunyai masalah allergy pengambilan bahan2 tenusu/laktosa seperti susu.

Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.

Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.

Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.

Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.

Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.

Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.