This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

LIVE LIFE TO THE FULLEST

The BEST THINGS in life are the people you LOVE, the places you've seen and the MEMORIES you've made along the way.

Monday, November 11, 2013

Inner Tudung Wafiyya :. Anti Tembam.:Cover Leher.:

Sy ingin kongsikan Inner Tudung Wafiyya yg sy duk pakai selalu dgn shawl utk ke mana-mana. Actually, sy lebih suka shawl yg labuh, jd lilit2 still menutup dada ('',). Kadang2 ada shawl sy yg agak jarang, jd bila pakai inner yg menutup leher ni, mmg rasa confident..xder la risau, leher ternampak...
 Susunan Warna :.Kiri ke Kanan.:
:.Maroon.:Fuschia:.Fuschia.:Red:.Light Grey.:Light Grey:.Light Grey.:
:.Purple.:Dark Violet:.Dark Violet.:Khaki:.Nude.:Pink:.Pink.:
:.Black.:Black:.Dark Turqoise.:Olive:.Royal Green.:Royal Blue:.Royal Blue.:

Pantulan flash menyebabkan Warna sebenar sedikit gelap dari gambar ini. Warna sgt gorgeous!!

Kenapa sy rasa korang kena cuba Inner Tudung Wafiyya??

Sebabnya:
Boleh dipakai dgn shawl, boleh cover bahagian leher jika shawl jarang. Better pakai inner ni, dari inner separuh tu, kan?

Boleh bentuk ikut kesesuaian muka. Mcm sy, nak cover muka lebar..sy suka muncungkan ke atas dan tarik inner tu ke tepi pipi. Ada setengah awning inner, stop jahitan atas pipi.. ni boleh buatkan pipi kita nampak tembam. Awning Inner Wafiyya dijahit smp bawah pipi – mmg Anti Tembam.


Special ZIP dijahit kemas belakang inner. Sgt senang utk adjust kekemasan inner. Tak perlu risau inner jadi senget ke..jadi tak selesa sbb inner bergerak ke depan.

Mmg nampak inner terletak kemas dimuka.

Kain sejuk dan tak panas. Material lembut. Sangat selesa, sesedap muka je..tak ketat tak longgar.

Free Size. Sesuai untuk yang nak pakai nampak muka bujur.

Harga:
RM25
Sale: RM21 ONLY
Free Postage for 5 Pieces abv.







Banyak Lagi colour lain..Refer gambar atas sekali ('',)




Friday, October 11, 2013

SuperMommy Nak Lebih SIHAT & CERGAS

Sy pasti IBU kita sume ialah SuperMommy..mcm2 kerja boleh buat dalam satu masa, menghadapi stress kerja di rumah, opis & anak2 lagi. Kdg-kdg, modern SuperMommy end up dengan buat tak kisah saja tentang kesihatan, terlebih focus dengan aktiviti diet sampai diri sendiri LETIH.
Result?? Badan naik, keletihan, kulit mula mengendur, diabetes, hypertension dan osteoporosis.

Ramai juga Modern SuperMommy sekarang yg cuba untuk seimbangkan antara kehidupan peribadi & professional; Selain diet seimbang & exercise, kita masih perlukan nutrisi kesihatan tambahan sebagai PELENGKAP untuk kekal sihat & cergas.

Di bawah ialah nutrisi pelengkap kesihatan wanita di setiap peringkat kehidupan wanita.

Calcium

Perempuan lebih berisiko daripada lelaki untuk mendapat osteoporosis. Penyerapan kalsium mmg berubah mengikut umur, especially dah masuk umur 30 siri ni. Gabungan kalsium bersama Vitamin D, magnesium, manganese, copper & zinc sgt penting dalam membina dan kekalkan tulang yang sihat dan kuat.

Perlu diingat, perempuan akan kehilangan lebih kalsium semasa pregnant, menstruation & selepas menopause. Kita sume akan lalui fasa ini..yg bezakan ialah bagaimana kita laluinya. Supplement dengan semua mineral lengkap boleh kekalkan tekanan darah normal, kurangkan risiko osteoporosis, PMS dan kaki kejang waktu pregnant.

GLA

Anda tahu, 60-93% remaja perempuan dan 10-15% daripada semua wanita di semua peringakat umur mengalami menstrual cramps yg teruk? Sy dulu, zaman remaja memang selalu alami period pain. Even, dah bersalin pun masih ada sikit2. Dari pengalaman sy, sebelum kita period..pastikan kita mkn cukup supplement. Jadi, bila sampai waktunya..mmg takde period pain.

Pada umur tertentu, kita akan mencapai stage MENOPAUSE, yang mana kita akan menghadapi masalah mudah marah, perubahan mood, kekeringan dan masalah tidur. Borage Oil ialah untuk mengurangkan symptom menstrual pain dan menopause. Ia mengandungi gamma linolenic acid (GLA), yang digunakan secara tradisional untuk memberikan kelegaan sewaktu menstrual cycle dan ketidakselesaan sewaktu fasa menopause. Jadi apa kata kita hadiahkan ibu kita GLA ni utk persediaan mereka lalui fasa menopause.

Omega 3 – Fatty Acid

Supplement yang ada kandungan Omega 3 – asid lemak mempunyai manfaat kesihatan kardiovascular, termasuk kekalkan tekanan darah normal, merendahkan kadar kolestrol, kadar triglycerides dan mengawal darah tersumbat.

Collagen

Stress, gaya hidup yang sibuk, proses penuaan dan factor environment mengurangkan kolagen tubuh badan. Sy dpt rasakan perubahan drastic bila dah capai umur 30 ni. Mmg tak boleh nak dibiarkan pigmentasi tu, nanti cepat je tua sebelum usia. Siapa tak perasan pigmentasi tu, sila belek tubuh anda lajulaju. Kekurangan kolagen menyebabkan kedut-kedut mulai timbul, kering dan kulit kusam. Suplement kolagen ialah supplement terbaik untuk mereka yang sibuk, tiada masa ke spa..tapi inginkan kesan hebat!

Kolagen membolehkan badan kita mengembalikan keanjalan kulit, kurangkan kedutan dan mengurangkan pigmentasi.

Masalah ini boleh dikurangkan & dielakkan dengan mengambil Supplement Shaklee ini.

Friday, September 27, 2013

Uzma Sesak Nafas & Allergik

Badan perlukan rehat..bdn bekerja keras 2, 3 hari ni. Uzma masih tgh nak recover dari alergik. Selama 4 tahun ni, uzma tak pernah kena food alergik ni. Allah menguji kami. Biasanya mmg sy belikan coklat/biskut/roti utk ank2 kat rumah. Jd, aritu sy belikan coklat syiling emas tu..Actually, anak2 sy mmg tiada alahan coklat ke kcg ker..cuma kalo bg aiskrim yg pewarna tu dorang sensitif sikit, tonsil merah n demam. Coklat duit syiling ni sy xpernah bg ank.

Before muntah pukul 11.00 mlm tu, uzma just makan nasi & coklat tu..lepas muntah terus dia susah nak bernafas, dia tarik nafas guna otot2 badan, smp ternaik bahunya. Esok pagi, terus pi klinik..kena amik nebulizer. Tp mcm tak lega lagi. Kebetulan mlm tu ada bacaan yassin sekolah anak saudara kat Masjid Bangi. Still pegi jugak..& lepas maghrib terus ke Hospital An-Nur depan masjid tu. Menangis je la si uzma ni, bukan apa..takut Dr masukkan ubat kat montot dia.. Alhamdulillah, lepas amik nebulizer lg sekali, nampaknya sesak nafas makin kurang.

Sekarang sy rasa xnak beli coklat apa2 dah untuk anak..rasa bersalah kat anak.
Sy perlu control dah segala jajan2 yg beli skrg ni... bahan perasa/pewarna boleh sebabkan allergik ni.


Sebab apa Allergik ni berlaku?
Immune system pikir benda tu bahaya..then, badan terus hasilkan chemical yg sebabkn allergik

Allergic reactions occur when a person’s immune system attacks an allergen. An allergic reaction can happen when a person touches, smells, eats or has a substance injected. This happens because the body mistakenly thinks this substance is dangerous to the body and releases chemicals called “histamines” to fend off this danger.

Makanan yang sebabkan Allergik pada baby n kanak-kanak?
Telur
Susu
Kacang
Gandum
Soya
Walnut, Hazel Nut, Cashew Nut
Ikan (tuna & salmon)
Seafood (lobster, udang, ketam)

Symptom Allergik?
•Hives, in addition to other symptoms

•Swelling of the tongue, lips, or throat

•Wheezing, brassy-sounding cough, difficulty breathing

•Tightness in the chest or throat

•Vomiting, diarrhea or stomach cramps


Minor reactions may show up as long as up to two hours after eating a particular food. More severe reactions will appear within 30 to 60 minutes, and can be life threatening.
The only way to prevent allergic reactions from occurring is to avoid contact with the food. So it is very important that you become label-conscious and read the ingredients and coatings of the food you eat.

Lepas makan 6.30ptg, pkl 11mlm muntah n sesak nafas..gap 5 jam..yang keluar segala coklat yg uzma makan. Huh, mmg takkan beli dah coklat ni..rasa nak p je Kl Sentral & suruh dia buang je coklat2 tu..sy beli kat stall yg byk coklat2 import tu.

Btw, sempat chitchat dgn sorang mom tu. Anaknya dah lama xkena asma, bila check punya check..rupanya sebab anak dia suka minum sirap ais kat sekolah tu..bahaya betul bahan pewarna ni.

Next action: Research ttg food nutrients pd anak2..no more added preservative, no colouring, no msg..

Insyaallah

Tuesday, September 24, 2013

Aktiviti Best Golden Sand Resort Penang

Sy nak update percutian kami bulan 6 aritu..aha..punya la lambat nak updateyer..Kami pernah bercuti dulu di sini..Uzma kecik lg,br 1thn 3bln..sy pula tgh pregnantkan Thaqif, jd physical aktiviti mmg limited. Golden Sand ni mmg favourite hotel kami..sgt selesa, bersih & plg best ada Kidz Adventure Zone, baru tau...haha. Jd masa tu mmg sgt2 terisi bila bercuti di sini, nak p laut boleh, nak p pool boleh & kalo xnak kena matahari terik tu..boleh p Kids Adventure Zone..selesa tp agak bising dgn jeritan anak2 ye..

Dari tghari smp ke petang kami anak beranak enjoy kat sini..Ada slider yg gilerr tinggi, cerun straight je..hanya budak yg berani je mampu buat. Sy tgk pun gerun. Then ada small playground yg byk jenis, tempat main masak-masak, main ball pool kecik2 tu & area utk baby pun kira selesa jugak. Zahin merangkak ke sana sini, nak tergolek pun tak risau sbb soft padded. Utk parents yg ada budget lebih sikit nak celebrate besday anak kat sini pun boleh. Mcm2 tema ada kat sini..so cute & happening! Kebetulan besday Thaqif pun nak dekat dah..tp mahal kut nak celebrate kt sini..haha..








Suasana kat sini mmg best, pool pun byk jenis..Sy prefer kat sini je..senang nak monitor ank2 ni. Ikutkan sy xnak bg Zahin mandi pool..tp kesian pulak..


Ni last kakak pakai swimming suit ni yer...kakak dh makin tinggi, no seksi2 yer..




Singgah di Butterfly Park..actually hujan wkt ni, so mmg xleh masuk. Lama jugak pujuk ank2 ni sbb dorang mmg excited nak masuk park ni..pikir punya pikir..request kat staff tu nak masuk souveneir shop aje..then, suka!! kami dapat masuk situ utk indoor je..disebabkan request nak shopping kat souvenier shop tu..kan..kan..janji anak suker!


Kami tak larat nak direct terus ke KL, jd kami check in semalam kat Heritage Hotel Ipoh..mmg heritage la..haha..sesuai la dgn ratenya, bilik luas cume perabot2 still old style..kalo tmbh decor frame sikit..lg santek!


This is pre-celebration besday Thaqif & Zahin..04/06 & 14/06..

Thaqif turns to 3 & Zahin is 1 year !! Moga anak2 ibu ayh menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat, menjadi orang yang berilmu, beramal, bertaqwa..

Tuesday, September 10, 2013

Ustazah & 3 Anak Kecil Meninggal, Jalan Bangi

Semalam cuti, settlekan a few things kat Kajang & Bangi. Nak cepat, jd naik motor lg mudah. Selesai urusan, mcm biasa kami akan lalu Jalan bangi lama, shortcut dr bangi ke bandar seri putra. Mmg situ kawasan hutan, jln byk selekoh..Lepas Laksa rimba, dgr bunyi ambulan & jln sesak.
Tp kami boleh lg mencelah, nampak ada kancil remuk...dgn lori. Smg mereka selamat, ...Hati mmg sayu, bila org kt situ gitau ibu & 3 anaknya meninggal tmpat kejadian, Innalillah...sentak jugak hati ini..membygkan anak kecil. Sy xboleh tgk org accident, pasti teringat berhari2..Jd hasben patah balik..ikut highway bangi - bandar seri putra.

Bgtau kat kakak ipar, lmbt td ada family accident kt jalan bangi lama. Katanya, entah2 yg jiran kat hjg rumah tu..dia naik kancil. Nampak hasben sembang dgn jiran yg dtg rumah..hati dh xsedap..ya allah, yg accident tu kak rohayah, jiran kat rumah..sedihnya. Teringat mata bulat anaknya sorang2..teringat juga yg sebaya uzma tu. Anaknya ramai, comel2.

Lps asar, ziarah rumah arwah..ada 3 anaknya bersama makcik. sunyi...Sgt sedih...ada 3 jiran yg lain dtg..Ramai yg ke Hospital Serdang. Makciknya gitau, semua arwah dikebumikan di kedah. Mcmmanala kehidupan ank2 kecil ni tanpa ibu..yg sebaya uzma tu senyumje,yg sulung perempuan, darjah 4. Dia hnya mendengar orang bercerita..Nampak almari buku agama & ruang membaca..pasti ini rutin mereka. Si abang masih bermain2, mungkin xfaham lagi ibunya sudah tiada. Sy doakan anak2 penyambung cinta mereka menjadi anak yg berjaya dunia & akhirat..& juga penyeri utk bapa mereka.

Teringat arwah ada dtg kenduri kami thn lps..sy n kakak ipar jugak ada dtg sembang2 dgn arwah, meraka sekeluarga rajin berkebun hujung minggu. Sedihnya....

Boleh baca berita di sini:
Berita Harian 10/09 & Utusan Malaysia







Ni gambar lama..anak yg arwah dukung tu yg ada di rumah arwah, begitu jugak anak lelaki tu..Sayu melihat kakak yg bj hijau & biru itu..innalillah..kita adalah milik ALLAH, dr ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali...Anak itu adalah rahmat & ujian buat kita...sgt insaf..sedih.. apatah lg buat keluarga ini





Saturday, August 24, 2013

Sawah Bendang Aidilfitri 2013

Alhamdulillah, Aidilfitri 2013 bertambah meriah dengan kehadiran anak2 yang makin membesar. Tak lupa juga, Mak, Ayah, Atuk & sedara mara melengkapkan lagi kemeriahan Aidilfitri ini. Tp, kali ini...pertama kali kami menyambut Aidilfitri tanpa Opah tersayang..sayuje bila naik rumah opah..Smg Opah ditempatkan dikalangan orang beriman. Sy tau walaupun atuk masih sedih..dia masih kuat & bersemangat meneruskan hidup ini.

Wkt on the way ke kampung, sy n hasben nampak la 2 biji keter kat tgh2 sawah. Wkt tu dah la panas terik..Apala dorang ni sanggup berpanas2 nak tangkap gambar. Smpai je Kg, aik...mana anak dara ku tak sampai2 lagi. Uzma awal2 lagi dah ikut auntie2 dia tu, suka sgt. Bila call, rupanya adik sy gitau dorangg tgh photoshoot kat sawah bendang tu..Ya allah, anak aku rupanya kat tgh bendang tu..hahaha.



Ni sumer uncle & auntie uzma, duk melayan 2 org anak dara kecik ini. Cousin rapat uzma, kak zara..well, tgk anak dara ni, mmg cam sy & along zila wkt kecik dulu. Muka & gaya sume lebih kurang cam kami wkt kecik dulu.

Seriesly, pemandangan situ mmg cantik, dari jauh nampak rumah kampung. Baru perasan, kg ku ada view yg sgt cantik!! Ibu dr kecik lg berangan nak turun sawah tu, last2 uzma dulu yg turun sana..cekap betul awak ni..haha


Dgn berkain batik gitu...mmg nampak uzma cam dah besar sgt, sesuai sgtla dgn background sawah bendang ni..haha


Thursday, August 15, 2013

Feedback from MyHealth Portal: Pakar Perunding Pediatrik, HKL on Kawasaki Disease

 Assalamualaikum,

Setelah terbaca di forum OHUB ttg seorang lagi kanak2 mengalami Kawasaki Disease (KD), sy terpanggil utk continue entry sy yg lepas di sini:
http://mawihasni.blogspot.com/2013/03/my-request-to-moh-kawasaki-disease-kd.html

Actually, sy dah terima maklum balas dari MyHealth Portal pada 28/03/2013. Sy hampir terlupa utk post kembali maklumbalas ini yg dijawab oleh Dr Hung Liang Choo, Pakar Perunding Pediatrik & Pediatrik Cardiology, Jabatan Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.
Terima Kasih Dr Hung Liang Choo & pihak MoH kerana menjawab email sy.

Tujuan sy memaparkan maklum balas ini adalah untuk menyedarkan parents ttg bahayanya KD ini.

Daripada maklumbalas ini, sy rasa sedikit kesal, as from the 1st sentence...they said "We do not know the incidence or prevalence of Kawasaki Disease in Malaysia"...

Anyway, sy juga masih ada beberapa pertanyaan especially on Kawasaki web-based registry yg ditubuhkan oleh pihak MoH. 

& Pihak MoH juga menggalakkan kita menubuhkan KD Support Group..well, ada sesapa volunteer! angkat tangan ya!! 



MAKLUMBALAS


1. The statistics of Kawasaki Disease

We do not know the incidence or prevalence of Kawasaki Disease in Malaysia. In Japan, the incidence is about 200 per 100,000 children under 5, incresing over the years. Nearer home, in Singapore or Taiwan, the incidence is about 60 to 70 per 100, 000 children under 5.

Ministy of Health (MoH) has set up a web-based Kawasaki Disease registry in 2010. Paediatricians from 37 MoH hospitals, 8 private hospitals and 3 university hospitals were invited as users. In 2010, 143 cases were reported from 17 MoH hospitals and 1 private hospitals, and 140 cases in 2011.

Based on statistics compiled by Health Informatics Center, MoH, the percentage of admissions in MoH Hospitals due to Kawasaki disease among children under 5 years from 2007 to 2011 ranged from 0.06% to 0.08% of the total admissions of children in this age group.

2. Support from the Ministry of Health for Kawasaki Disease

MoH hospitals treat all Kawasaki Disease with minimal charges, especially treatment with intravenous Immunoglubulin (IVIG) which is expensive, and serial follow up and ECHO examination.

One of the aims of the Kawasaki Disease registry is to assist patients on their long term follow up.

The Ministry is also trying to encourage parents to set up a Kawasaki Disease support group as one of the effort to increase awareness of Kawasaki Disease in the community and also to promote healthy life-style.


Past history of Kawasaki Disease is now recognised as one of the cardiovascular risk factors. As such, the number of patients with Kawasaki Disease is cumulative and as the years go by when these children grow up into adulthood.

Disediakan oleh:

Dr. Hung Liang Choo

Pakar Perunding Pediatrik & Pediatrik Cardiology

Jabatan Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur

dan

Pusat Informatik Kesihatan

Bahagian Perancangan

Kementerian Kesihatan Malaysia

 


Thursday, April 25, 2013

Berita Harian 15/04: Rahsia Rumpai Laut Bantu Kekalkan Kolagen

Bukti yg menyatakan Rumpai Laut membantu mengekalkan kolagen dlm kulit-

Dr Muta Harah Zakaria.. Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM

Sumber:
Berita Harian
Isnin, 15hb April 2013


petikannya:

"rumpai laut mengandungi kandungan mineral,asid amino dan beta karotein yang tinggi bagi membantu mengekalkan KOLEGEN dalam kulit"

Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.

Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

Penggunaan ibu kolegen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai.

Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.

Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.

Menjamin kecantikan?

Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit.

Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.

“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil.

“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.

Pelbagai khasiat

Ditanya benarkan rumpai laut mengandungi kolegen, beliau berkata sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan.

Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.

Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.

Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.

Jelasnya, kandungan karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu membekalkan kolegen.

Kajian lain

Berdasarkan pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu mencantikkan kulit, antaranya:

* Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.
* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral.
“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling sushi,” katanya.


* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.


* Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.

“Kajian demi kajian dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.


INFO: Rumpai laut

* Industri rumpai laut dijangka berkembang apabila ia turut diperluaskan sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik.

* 150,000 tan metrik rumpai laut dikeluarkan dengan nilai RM1.45 bilion menjelang tahun 2020.

* Sabah pengeluar rumpai laut di Malaysia


INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan

Kesihatan

• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.

• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.

• Melancarkan kitaran darah.

• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)

• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.

• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.

• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.

• Mengurangkan pembentukkan selulit.

• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar


Kecantikan

• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.

• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman

• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.

• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.

• Membantu dan merawat penyakit gastrik.


Keburukan

* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut.

PROMO!
RM13 - 100 GRM GOLD
RM15 - 100 GRM PURPLE
Including Postage


Monday, April 22, 2013

Pasang Wallpaper Laurea Home Furnishing Bangi

Dah lama berhajat nak pasang wallpaper ni. Setelah setahun, br la ada rezeki lebih nak pasang wallpaper ni. Tambah2, dinding utama tu dah mcm nak berkulat kut. Xsantek tau di mata kami!

Mula2 nak pasang kat dinding utama je. last2 terorder sekali utk yg dinding kat pintu masuk. Dulu sy & hasben dah cat colour merah, then nak wat teknik stencils sendiri. Cari punya cari kertas nak wat stencils tu tak jumpa. Tak yah pening2 kepala, juz tampal saja wallpaper. Tapi kena ala2 merah jugak, sbb dinding belah tepi dah merah.

Actually sy dh order wallpaper yg bwh calculator tu. Dah siap bayar sume, then next monday, Laurea Bangi call & informed w/paper dah out of stock. Frust jugak! Nampaknyer kena pilih design lainla. Yg wrna merah mostly abv RM200 per roll..except yg I dh order tu. Bila tgk homescreen kat http://www.laureahomefurnishing.com/  nampakla wallpaper yg sgt santek! Yg plg best, Laurea boleh bg discount & sy tak perlu top up utk design tu. TQ Laurea! Sgt best! Ada 5 years warranty yer..tp sy lupa nak tnya, waranti tu utk apa..huhu.

Later, sy upload complete gambar yg dah siap!

Yg ala2 bunga teratai ni pun cantik!

Tukang pasang ni ukur dinding & gitau w/paper xcukup! Ada sejengkal lg. Jd, adala border kiri kanan wrna putih. Mula2 nampak pelik juga..
Kalo dtg mood rajin nnt, sy cat la wrna merah jugak nnt.

Ni la Korean W/paper. Lebih lebar compared to w/paper merah tu.


See the dinding..dh kulat2 kut.hehe
My hasben yg pilih colour ni..Ada shining2 cket..

Sy pasang terus smp ke dapur...

Tak planning pun pasang kat hall atas.
Bila tgk ada w/paper lebih, apalagi..kiter suruh je tukang pasang ni buat.
Ni la untungnya Korean W/paper, wpun mahal sikit..tp lebih jimat sbb dapat psg byk tempat.


 

Tuesday, April 2, 2013

Kerap Pregnant, Tulang Rapuh

Kerap Pregnant, Jejas Tulang! Statement terkena kat badan sendiri..Manataknya dari 2009 smp 2012, sy non-stop pregnant. Cuma, wkt 2011..kami xder rezeki..miscarriage @ 13 weeks. Jika tidak, anak kami sudah 4. Alhamdulillah!
Pregnant yg lepas even lepas miscarriage sy hanya makan Obimin + folic asid. Alhamdulillah, bb dilahirkan sihat & cergas. Tp badan sy cepat letih. Dah letih, muka xceriakan..Selepas deliver anak yg ke 4, sy cuba tambah dgn Ostematrix, supplement yg bukan sekadar Kalsium. Sy sgt perlukan extra kalsium sbb sy bf bb sy + pregnant yg kerap sebelum ini.




Sources: Kosmo
Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.
Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.
Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.
Jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.
Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.
“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.
Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.
Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.
Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.
Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.
“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.
“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.
PROMO! PROMO!
Until End of April 2013
RM50 & Free Postage
  
Apakah kesan pengambilan OsteMatrix selain menguatkan tulang?
  • Badan akan lebih lawas.
  • Mudah bangun tidur dan rasa bertenaga.
  • Apabila kalsium cukup, senggugut, water retention, kekejangan urat dapat dikurangkan.
  • Berbanding dengan Kalsium jenama lain, OsteMatrix tidak menyebabkan risiko baru karang.
  • Membantu dalam penghasilan susu badan.
  • Mengurangkan risiko Osteoporosis.
Siapa yang perlukan Ostematrix?

Ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anaknya dan wanita yang pernah melahirkan anak.

Mereka yang mempunyai masalah allergy pengambilan bahan2 tenusu/laktosa seperti susu.

Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.

Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.

Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.

Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.

Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.

Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.


   


Sunday, March 31, 2013

HomeMade Masks Recipes + Rumpai Laut/Pure Marine Collagen

Entri ini adalah cara utk dptkan kesan lg cepat, jimat & permanent. Tinggal rajin atau tak shj. I like it! coz it’s a good way to pamper myself.

Dgn campuran Rumpai Laut a.k.a Seaweed pasti lg gebu, berseri2 muka, fresh & young look!

1. Tomato paste + Rumpai Laut/Seaweed – Tomato bkn sajer bgs utk kesihatan bdn tp mmg sgt bgs utk kulit. Kami adik beradik dulu suka sgt ratah tomato bulat2. Kdg2 mak sorok jgk, asik hbs jer kan. Tomato ader byk Vitamin C yg blh meransang penghasilan kolagen utk perbaiki + tegangkan struktur kulit. Senangjer buat masker, buat tomato paste drpd extract juice tomato. Campurkan sekali dgn rumpai laut yg dah siap dimasak tu. Rumpai laut ni bg lg sticky kat muka, sbb dia pekat. Then, letak dlm fridge sekejap utk bg lg cool. Mlm, blh la pakai 15-20 minit then wash off. Utk kulit yg berminyak + jerawat sgt disarankan buat guna Tomato + Rumpai Laut ni.


2. Bedak Sejuk + Rumpai Laut - Stok bedak sejuk mak sy mmg xpernah putus. Mak sy akn peram beras tu setahun dlm tempayan, ganti2 air, then mak sy tmbh aloe vera. Cukup masa, mak sy picit bulat2 & jemur ats kain batik. Pd sy bedak sejuk ni cam masker jugak. Boleh wat tebal2 & campurkan dgn Rumpai Laut/Seaweed yang telah dimasak. Jd bedak sejuk tu akn lembik sendiri yer. Best, muka kurang berminyak. Jerawat nak naik pun susah. Elok utk licinkan kulit. Mesti ramai yang tahu kan air basuhan beras baik untuk kulit, so sama lah dengan bedak sejuk juga yang sama baiknya dengan air basuhan beras tu.

3. Cucumber + Lemon + Rumpai Laut/Seaweed – Cucumber mempunyai Vitamin B yg bgs utk kulit & rambut. Vitamin B jg byk membantu utk elakkan kulit dehydration + Vitaminc C pula sbg agen pemutih dan melicinkan kulit. The best homemade masks utk saper2 yg selalu expose kulit bwh matahari adalah gabungan cucumber and lemon plus Rumpai Laut/Seaweed. Cucumber memberi kesegaran + meyejukkan kulit. Dgn campuran lemon yg penuh dgn Vitamin C, ia mmg membantu utk menghasilkan kulit baru dan kulitpun semakin putih. Xcaya? sbb tu Garnier guna lemon! Caranya, dr extract cucumber:lemon dgn nisbah 1:1, campurkan dgn Rumpai Laut/Seaweed yang siap dimasak. Muka akan lebih lembab & semakin berseri-seri




4. Pisang + Putih Telur + Rumpai Laut/Seaweed – Pisang ada byk nutrisi bg kulit lg bergetar, melantun2..haha..tepuk muka sikit..Bhn diperlukan sebiji pisang + Rumpai Laut/Seaweed yg dimasak dan blend shj. Nak best lg, campur putih telur. Pisang & telur mmg gabungan hebat utk kulit yg cerah, lembut seperti baldu. Lps basuh, rasalah muka sgt best!


5. Sugar Scrub – Yg ni sy xpernah cuba yer. masih was2 dgn kaedah ni. nnt kena hurung semut pulak mukaku..kalo masuk hidung, lg haru..huhu. Sy pernah baca yg sugar scrub ni elok utk buang sel2 mati, whitehead, blackhead. Sy rs ok jugak buat sugar scrub ni sbg door gifts. Comelkan!


Sume HomeMade Face Masks ni sgt bgs utk cerahkan kulit muka, reducekan minor skin problems. Sgt sihat & murah utk maintain kecantikan kulit. Kalo beli, maunya dlm RM5 sepeket... Info ni utk makluman bersamayer..

My Last Quote, Pulanglah ke Alam Semulajadi!!





Saturday, March 23, 2013

Set Berpantang Shaklee I Bukan Sekadar Cuti Bersalin

Waktu anak pertama, sy beli Set Salindah. Mmg xpakai pun set selepas bersalin, sbb anak semakin kuning. Terus stop, no jamu2 jugak. Waktu Thaqif, cuba makan jamu kampung..tp xhabis jugak..sbb anak pun kuning. Then, waktu pantang kali ke 3 ni, saya consume set Shaklee. Lepas berurut, badan mmg rasa segar, tak lesu, muka pun tak pucat. Tapi lepas masuk sebulan, badan saya jd down, lesu jer badan ni nak berjalan. Wakttu, mmg sy berpantang sendiri + jaga jugak Uzma & Thaqif. Jd bila keadaan tak terkawal, mulala sy rs stress. Tak elok org dlm pantang stress2, effect anak, effect suami, dahla anak2 yg lain perlukan kasih syg kita juga.

Lepas makan Set Berpantang + ESP, sy rasa byk bezanya dgn pantang sebelum ini. Dulu, waktu pantangkan Uzma, nak masuk kerja pun masih lemah lagi. Tp kali ni, BUKAN SEKADAR CUTI BERSALIN..Mcm2 boleh lakukan, cuti bersalin 3 bulan sy lebih bermakna sbb sy lebih byk spend perhatian kat Uzma, Thaqif & bb Zahin daripada built up balik badan. Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, dlm seminggu lebih sy dh boleh berjalan mcm biasa, duduk tu still cover2 lg lah. 

Apa yang sy rasa?
  • Saya tak sembelit, xder masalah takut ke toilet.
  • Badan bertenaga, ceria & tenang, Boleh lagi wat extra kerja, masak + jaga Uzma & Thaqif  + prepare sahur/bukak pose utk suami. 
  • Rasa diri kita bukan cuti bersalin...sbb luka baik cepat dlm seminggu. Mmg enjoy cuti kali ni, mcm2 blh buat.
  • Muka xpucat, tak kering. 
  • Kulit makin cerah..
  • Bb pula xmeragam, setakat merengek2 tu biasala kan. Yg pasti xder masalah xpuas susu, mcm yg jd wkt uzma & thaqif dulu. Lepas nyusu, tidur.




**Price stated is the Market Price


                                            

Kebaikan set berpantang Shaklee ini adalah ia dibuat dari bahansemulajadi dan menjalani ujian klinikal. terbukti selamat dan berkesan. Sesuai juga untuk ibu-ibu bagi mengatasi masalah rambut gugur tatkala bayi berusia 3-6 bulan kelak.


TESTIMONI


Vitalea with iron formula
Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

B-Complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan  B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

Vitamin C 500mg Sustained Release 
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.