Friday, February 15, 2013

Cara Masak, Makan & Pakai Rumpai Laut

Klik! Klik!
Sale Inner Tudung Wafiyya RM21 Only


RM13 per 100gram termasuk postage!


STEP BY STEP MASAK RUMPAI LAUT

Entry ini ambik masa nak buat ooo..kena tggu Rumpai Laut kembang seperiuk, rendam semalaman, masak 40 minit..& sy puas hati, sbb ini hasil kerja saya + bb zahin jugak..peneman setia di dapur! smbil masak, mendukung bb zahin.

• Cuci beberapa kali, mcm basuh beras.

• Rendam semalaman (lbh kurang 10 jam).

Utk kurangkan hanyir, rendam dgn daun pandan atau masukkan sehelai daun pandan semasa memasak.bole juga rendam dgn asam keping atau tepung gandum.
 

Sy suka tgk rumpai laut ni bila kembang..Lepas 20 minit terus kembang sampai penuh periuk


• Kemudian cuci lg beberapa kali.

• Rebus dgn air biasa. nisbah utk 100gram = 2-2.5 liter air, boleh tahan 3-4minggu.

Yg ni sy buat 50gram, jd airnya 1-1.5liter, boleh tahan 1-2 minggu.

• Masak dgn api perlahan dan kacau sehingga rumpai laut hancur.lbh kurang 20-40minit.



• Dah masak, sy tapis, bg teksturnya lg smooth.

Sy bahagi 2. Satu bahagian nak makan. So, sy tambah 1 sudu gula & perisa Roselle + Sirap. Sedap tau! Brla blh lalu kat tekak. Satu lg bahagian utk sy & hasben wat masker muka + badan. Jd, asing siap2 dlm bekas dadih ni. Nak tido, leh angkut 1 bekas bwk masuk bilik. Hehe.

• Biarkan rumpai laut sejuk dan simpan dlm peti ais.
Mesti simpan dlm peti ais.klu tidak rumpai laut akan basi atau rosak.

Rumpai Laut siap dimasak anti kulat. tidak rosak kalo letak dlm peti ais selama sebulan. Tp pastikan Rumpai Laut ini tdk bercampur dgn bahan makanan yg lain. E.g gunakan sudu yg bersih semasa scoop Rumpai Laut . jika bercampur dgn makanan yg lain, Rumpai Laut  akan rosak atau basi.


BILA NAK MINUM @ MAKAN

• Waktu pagi, b4 breakfast.

Sy lebih suka lepas mandi, bukak peti ais…& ceduk 2 scoop rumpai laut. Jdkan rutinyer..xsusah nak jg badan..hehe

• Sebelum Tidur

Sy lps siapkan set susu uzma, thaqif & zahin..sy bukak peti ais & amikla 2 scoop..cepat & selamat.

CARA MINUM

• Masuk 2-3 sudu ke dalam apa2 minuman. contohnya air sunquick, ribena, abc,cendol, laici kang,bandung, dll. amalkan 3 kali sehari shj. jgn ambil minuman berkafein dan berkarbonat. jgn ambil secara berlebihan,boleh sakit kepala dan sakit perut.

CARA MAKAN

• Mkn begitu shj Rumpai Laut yg diperisakan dgn pati roselle, sunquick, blackcurentker..Lps bgn tidur & sebelum tidur.

• Makan dibuat Sup Seaweed! Sedap oo…nnt sy story yer ttg sup seaweed ni.

• Makan dibuat Kerabu Seaweed!

Caranya:

• Basuh rumpai laut beberapa kali. Kalo nak wat sup, cukup la 25 grm jer..nnt rumpai laut ni akan kembang seperiuk!

• Rendam dgn air panas lebih kurang 30minit-1jam. jgn rendam terlalu lama, rumpai laut akan hancur.

• Kemudian, basuh rumpai laut yg telah direndam.

• Potong halus dan masuk kan dlm apa2 sup @ kerabu mangga.

CARA PAKAI

• Gunakan 1-2 sudu utk sapu dimuka sebagai masker. biarkan sehingga kering (lbh kurang 20minit) dan cuci. Kalo rajin buatla hari2..Sy tggu ank2 dah tdo, brla boleh mula aktiviti bermasker..very cool, fresh & soft jer kulit muka lps pakai. Cubala!

• Kalo rajin lg, boleh sapu di mana2 anggota badan seperti lengan, bahu, tengkuk atau tumit kaki bg kulit mengelupas. berkesan utk melicinkan kulit, menghapuskan jerawat dan melembutkan kulit.seeloknya sapu sebelum mandi. bila dh kering (lbh kurang 20 minit), boleh mandi..Utk sy yg beranak kecik ni, kena tgk dulu masanya.

Selamat Mencuba!


22 comments:

nik said...

Cayalah has... terbaekk!

Musliza Hasni said...

Tq..ni yg lg semangat..hehe

wananiewana said...

2-2.5 liter tu Klu Suka guna cwn

wananiewana said...

Klu Sukar guna Cawan untuk 100gm tuh berapa wn yea.

Musliza Hasni said...

kalo 1 cwn = 100ml
25 cwn = 2500ml/2.5liter.
Mudahjer, tq

Unknown said...

Tumpang tnye.. Kalau mkn pmc cmpur dgn sunquick..boleh cmpur gula ke? Kate org xboleh bubuh gula..x elok....

Musliza Hasni said...

Kalo orang yg tgh berdiet xperlu la letak gula @ gula batu. Setau sy ok je, sbb PMC bukan saje boleh dimakan begitu shj..boleh wat pudding, lai chee kang & kerabu..sedap tau

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

mintak share

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

blh share?

Anonymous said...

menarik entry ni..2mlm lepas sy try nk wat masker...bila dh letak kat muka, baring2 terus terlena...xcuci muka pon...bila bangun pg muka ok lg..tp bila masuk tghari n mula berpeloh (sbb sy keje luar) tetiba muka naik bintik merah n gatal2..kulit muka sy mmg xpenah ada masalah jerawat atau jeragat..just gelap jer..so kesimpulannyer jgn lupa cuci muka lepas pakai masker kolagen ni yer...

huhuhu

Musliza Hasni said...

mama adam,
boleh jer share, tq sudi bc my posting.

Musliza Hasni said...

pakai masker,kena curi masa..tp jgn terlebih masa pakainya...haha

Anonymous said...

klu makan everyday ade effect x?

Musliza Hasni said...

sy mkn hari2, so far xder effect buruk. Kulit sy jenis normal, jd lps mkn effect tu xlah berbeza sgt. Cuma lbh fresh especially bila wat masker. Sesiapa yg sblm ni sakit sendi bisa2 badan, mmg terasa perubahannya selepas makan.tq

wan norulkhamisa said...

Wah murahnye jual...ade stok lg tak..biasa org jual m25 100 gm

Anonymous said...

Just nak tye. Kalu kite guna yg jelly tu wat masker bole ker? Ke utk makn je?

Musliza Hasni said...

Ader lg ni..blh jer order. Yup, mmg murah tau, termasuk postage sekali.

Boleh je wat masker. Sy lebih suka wat masker rumpai laut ni.

Anonymous said...

maaf kak . nak tanya macam mane nak beli dengan akak yea ? saya tk nampak apa2 tentang pos hendak membeli rumpai laut

Musliza Hasni said...

maap la adik..akk tak tulis pulak cara2 nak order melalui email. Ada customer juz sms/waps akk @ 0194889459. Boleh juga email akk musliza.hasni@yahoo.com.my
tq

Unknown said...

assalamualaikum kak, nk tnye. klau rmpai laut tu dh brkulat tp x sepenuhnye. klau sye just buang bhgian rosak jer then masakkn blik. rumpai t still bleh buat minum dn masker ag ker ??

dear lisa said...

salam kak..
kalau saya nak beli yg dah siap masak tu (masker), boleh? brp RM ye?

Anonymous said...

aku dapat seaweed ni kat keningau,sabah. Jalan2 di tamu ground keningau pada hujung minggu,terjumpa orang jual seaweed ni. Tak nampak laku pun n jarang orang nak tengok lokasi jualan mereka. 1 piring seaweed hijau segar berharga rm2. Biar betul. Bodoh lah sesiapa tak beli ni seaweed,murah lagi. Aku belilah sepiring,first time beli seaweed setelah lama mencarinya (susah nak dapat..) kat rumah tu,aku simpan dlm aisbox,2hari..kih kih..kerna tak tau nak buat apa. Akhirnya ke 3 hari,aku cuba lah rendam seaweed tu semalaman dan esok malamnya baru aku masak. Tak sampai setengah jam,dah tutup api kerna malas nak jaga..haha. Tak berapa lembut. Aku ambik minum dengan jus oren marigold. Boleh tahan sedaap (jus sedap,seaweed tu tahan2 nak telan kerna geli lah. Tapi apa boleh buat,nak cantik kan. :) ). Pastu buat masker ke muka selama 40minit. Sepatutnya sekejap je time pakai masker tapi kerna nak tunggu protein seaweed tu masuk semua ke kulit muka n suka sangat bila muka licin nihh. Huii nah..ada sakit sikit kulit muka akibat daripada tindakbalas masker seaweed ni. Agaknya ia tarik sel2 kulit agar tegang. Pastu p cuci muka ler. Wahhh,cantik punya result. Licin muka n tegang. Aku suka lah. Kalau pakai hari2,mungkin dapat atasi garis2 penuaan d muka. Wei,umur aku baru 30tahun tau tapi sebagai langkah berjaga2..takkan umur dah 40 thn baru nak jaga muka? Sorry. Arggh,aku nampak ramai yang semuda drpda aku pun dah ada muncul garis penuaan,kih kih kih... Aku tau,kolagen sarang burung ni ni baik utk atasi penuaan tapi mahal sangat lah barang tu. Kita makan pun bukan makan kedekut2,nanti garis penuaan pun kedekut2 nak hilang. Seaweed ni sama je dgn srg burung walid ni. Cuma seaweed ni bukan kolagen tapi ia dapat membentuk kolagen yg ada dlm kita. Hari2 makan,boleh menyamai khasiat srg brg. Agaknya org yg minum srg brg ni kdg2 je makan srg brg ni krn takut habis,biasalah mahal,sori.
Berbalik cerita aku tadi... Belum habis seaweed aku,aku pi beli lagi sepiring rm2 tu. Aku nampak ada jual warna perang n warna emas..taklah mahal dia jual...rasanya emas tu rm5 n perang tu rm10. Lupa lah tapi rasanya betul kot. 2 minggu aku makan lerr,tapi cuma waktu malam je kerna waktu siang tu aku malas lah nak makan seaweed ni. Malam je aku makan time nak masuk tidur. Tapi aku malas lah pulak nak pakai masker seaweed ni,hihi. Tapi rasanya tak sesuai lah pakai masker seaweed ni waktu tidur malam hingga ke siang nya. Aku buat gitu n menyebabkan muka aku berjerawat. Tapi tak pula kalau sekejap je pakai. Makan seaweed,bagus sangat untuk menegang kan kulit2 yg ada kat badan kita. Dulu badan aku macam lembut kendur je...takk cantik.. Sekarang,tegang dan gebu,i like it. Itu cerita benar aku. Okey,thank u. = Myra83 ... Anak jati keningau sabah