Friday, May 11, 2012

Umur 3 thn dh Hafal 30 Surah AlQuran

Sy btl2 kagum dgn semangat ibu kpd DarwishnDarwisya ini, bukan mudah utk kiter fokus & tekun utk mendidik ank2 menghafal Al Quran sejak umur 1thn lg. Mcmmana tu?? Sy pun impikan perkara yg sama. Sy btl2 tersentuh dgn kata2 dlm blog ni:

Jika seorang ibu mahukan anaknya punya kedua-duanya maka kedua-dua ilmulah akan dibekalkan, jika seorang ibu hanya mahu anaknya mengejar hanya satu dalam erti kata lain salah satu daripadanya sahaja maka hanya satu sahajalah yang anaknya miliki.


"Jika kamu mahu berjaya didunia, hendaklah dengan ilmu.. Jika kamu mahu berjaya di akhirat, hendaklah dengan ilmu dan jika kamu mahu berjaya di kedua-duanya, juga hendaklah dengan ilmu" Imam Shafie

Mmg kiter perlu seimbangkan dunia & akhirat dlm mendidik ank2. Mmg kehadiran anak akan menceriakan lg hidup kiter, tp kalo kiter lalai ia menjadi bebanan hidup yg perlu kt tanggung smp nafas terakhir kita..nauzubillah.

Kata2 ni pun sy quote dr blog ni...mmg membina! Insyaallah, wkt pantang nnt sy ader 100% quality time bersama2 ank. Spnjg cuti 3 bulan nnt, sy berazam nk mendidik uzma & aqif dgn al quran. Skrg ni hanya 30minit sblm tdo jer dpt train ank2..Mmg teknik membaca/menyanyi bersama ank2 lg mudah melekat dlm hati mereka.

"Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan".

Sy harap sgt sy dapat disiplinkan diri dlm mendidik permata hati kami!


0 comments: